Aplikasi Simulasi Alatan Lukisan Teknikal (SALT)
Kenapa perlu ada aplikasi SALT?
Keperluan aplikasi yang membantu guru-guru dan murid-murid dalam pendidikan di Malaysia sangat relevan dengan teknologi masa kini dan keperluan semasa. Pertambahan cabaran dalam dunia pendidikan dan keperluan untuk terus maju dalam usaha menyediakan masyarakat yang maju dan berdaya saing di arena antarabangsa adalah perlu diambil berat oleh oleh semua pihak yang terlibat dengan pendidikan secara langsung atau tidak langsung.
Secara ringkasnya, aplikasi SALT mempunyai kelebihan berikut:
- Aplikasi untuk telefon pintar atau komputer yang menggunakan sistem operasi Android.
- Simulasi alatan lukisan teknikal yang menghampiri ciri-ciri peralatan sebenar.
- Bersifat interaktif dan menarik untuk digunakan dalam pelbagai mata pelajaran.
- Alat untuk memahami konsep lukisan teknikal dan latihan teori lukisan teknikal.
- Kemudahan animasi daripada lukisan yang dihasilkan dengan saiz data yang sangat kecil (dari serendah 1kb).
Komponen alatan melukis yang telah dilengkapi dalam aplikasi SALT ini adalah seperti berikut:
- Pensil
- Jangka Lukis
- Jangka sudut
- Sesiku T
- Sesiku 60⁰
- Sesiku 45⁰
- Pemadam
- Pembaris
Masih terdapat banyak lagi fungsi yang boleh disediakan dalam aplikasi ini. Antara yang dirancang adalah seperti berikut:
Simpan dan main semula jalan kerja lukisan.- Kolaborasi dalam paparan lukisan.
Eksport dan import lukisan dalam format tertentu.- Chat dalam aplikasi.
- Semak jawapan secara automatik.
- Aktiviti permainan lukisan teknikal.
Cabaran untuk menghasilkan aplikasi seperti ini adalah tinggi. Tanpa keizinan daripada Allah tidak ada apa-apa yang dapat dihasilkan. Sokongan yang diberikan oleh semua pihak juga diperlukan untuk menjayakan projek ini.
Semoga aplikasi SLT ini memberi manfaat kepada semua pengguna. Rakyat Malaysia boleh menggunakan aplikasi ini secara percuma. Tiada apa-apa syarat khusus dikenakan, kecuali: - Menggunakan aplikasi ini untuk tujuan pendidikan
- Tidak disalah gunakan untuk tujuan yang melanggar undang-undang negara Malaysia atau melanggar etika dan adab pergaulan penduduk Malaysia.
Bagi pengguna yang ingin menggunakan kesemua kemudahan yang disediakan. Adalah perlu terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna melalui aplikasi ini. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diajukan terus kepada saya melalui email, amirlatip@gmail.com.
Sekian, Terima kasih.
Komponen alatan melukis yang telah dilengkapi dalam aplikasi SALT ini adalah seperti berikut:
- Pensil
- Jangka Lukis
- Jangka sudut
- Sesiku T
- Sesiku 60⁰
- Sesiku 45⁰
- Pemadam
- Pembaris
Masih terdapat banyak lagi fungsi yang boleh disediakan dalam aplikasi ini. Antara yang dirancang adalah seperti berikut:
Simpan dan main semula jalan kerja lukisan.- Kolaborasi dalam paparan lukisan.
Eksport dan import lukisan dalam format tertentu.- Chat dalam aplikasi.
- Semak jawapan secara automatik.
- Aktiviti permainan lukisan teknikal.
- Menggunakan aplikasi ini untuk tujuan pendidikan
- Tidak disalah gunakan untuk tujuan yang melanggar undang-undang negara Malaysia atau melanggar etika dan adab pergaulan penduduk Malaysia.
Mohd. Amir bin Abdul Latip
Pengasas Alatan SLT
01/06/2020
Pengasas Alatan SLT
01/06/2020
Perkembangan aplikasi Alatan SLT
SALT v1.10
- Kemudahan pemadam telah ditingkatkan dengan panduan memilih garisan.
- Kemudahan pembaris telah ditingkatkan dengan kawalan pusing pembaris menggunakan 2 titik lokasi.
SALT v1.1
SALT ialah nama baru Alatan SLT.
- Kemudahan jangka lukis lebih lancar.
- Kemudahan pemadam lebih lancar.
- Shortcut mengubah sudut alatan dengan hanya menekan butang alatan dalam tempoh singkat atau sedikit lama.
link: SALT v1.1
Alatan SLT v3.4
- Upgrade kemudahan animasi. Animasi pensil dan pembaris lebih lancar.
- Kemudahan memilih paparan baru lebih lancar.
- Kemudahan memilih saiz paparan lebih lancar.
Alatan SLT v2.5.2
- Kemudahan pemadam lebih tepat memilih garisan.
- Kemudahan pembaris bergerak dengan menyeret badan pembaris sahaja.
- Pemilihan latihan disertai dengan tetapan asas saiz paparan.
- Bugs fixed.
Alatan SLT v2.3.10
- Bugs fixed.
Alatan SLT v2.3
- Kemudahan jangka sudut.
- Animasi ringkas jalan kerja daripada lukisan yang dihasilkan.
- Import soalan daripada AutoCAD dalam format gambar.
- Muat turun koleksi soalan untuk latihan.
- Kemudahan saiz paparan lukisan mengikut pilihan.
Alatan SLT v1_2
- Bugs fixed.
- Kemudahan simpan fail sebagai soalan.
Alatan SLT beta 13
Kemudahan alatan melukis lukisan teknikal.
- Pensil
- Jangka Lukis
- Sesiku T
- Sesiku 60⁰
- Sesiku 45⁰
- Pemada
- Pembaris
No comments:
Post a Comment