Kaedah LAWA


Ringkasan Inovasi Kaedah LAWA.


Inovasi kaedah LAWA dihasilkan untuk membantu murid-murid yang mengambil mata pelajaran Grafik Komunikasi Teknikal (GKT) menguasai kemahiran lukisan teknikal dengan lebih mudah dan efektif. Kaedah LAWA ini adalah penggunaan warna pelangi dalam menerangkan urutan jalan kerja lukisan teknikal dan memberi penekanan kepada proses yang terlibat dalam menjawab soalan lukisan teknikal. 

Berbeza dengan kaedah konvensional, iaitu skema soalan hanya berwarna hitam dan putih, dengan kaedah LAWA ini murid-murid diminta menjawap soalan yang diberi dengan berbantukan skema jawapan yang mengandungi garisan atau teks yang berwarna. Warna-warna yang dipilih berfungsi sebagai panduan urutan jalan kerja dalam lukisan teknikal. Warna juga digunakan bagi menekankan keutamaan proses-proses yang terlibat. 

Kaedah yang kreatif ini menjadi satu alternatif kepada guru-guru untuk menerangkan proses melukis lukisan teknikal tanpa melibatkan banyak siri lukisan. Kaedah ini juga menggalakan murid-murid belajar secara konstruktivisme dengan menggunakan warna-warna pelangi.

Selain itu, Kaedah ini dapat membantu murid-murid melihat kaitan setiap jalan kerja dan memahami konsep yang terdapat dalam lukisan tersebut dengan lebih mudah.

Hasil dari inovasi ini telah menunjukkan bahawa tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran lukisan teknikal meningkat, minat dan motivasi mereka meningkat dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di kalangan murid-murid juga secara tidak langsung meningkat. Impak daripada penggunaan inovasi ini dapat menggurangkan penggunaan kertas untuk menerangkan jalan kerja dan penggunaan skema jawapan sebagai bahan PdPc menjadi lebih efisian dan mudah.


Objektif inovasi

  • Menarik minat murid-murid untuk belajar mata pelajaran GKT.
  • Membantu murid-murid mengingati dan memahami jalan kerja lukisan teknikal dengan lebih mudah dan efisien.
  • Mengurangkan jumlah lukisan untuk menunjukkan jalan kerja lukisan teknikal.
  • Menggurangkan penggunaan kertas untuk menunjukkan jalan kerja lukisan teknikal.
  • Menggalakan murid-murid untuk berfikir secara kritikal dan kreatif.

Manual Kaedah LAWA

Muat Turun Kaedah LAWA

1. Modul LAWA T4SJ1 (Pembesaran Sisi)

No comments:

Post a Comment